Sukan Berenang Senaman Terbaik




Kalau dulu di Malaysia, sukan ini didominasi oleh kaum cina sekarang ini sukan ini turut diminati oleh kaum melayu dan bumiputera lain. Sukan ini amat baik diamalkan kerana melibatkan pergerakan seluruh tubuh badan dan menjaga pernafasan. Ini baik untuk pembacaan Al-Quran juga menurut rakan ustaz yang turut menghantar anak beliau belajar berenang hanya bertujuan mendapat pernafasan yang baik dalam pembacaan Al-Quran. Bagi yang berminat nak menghantar anak berenang bolehlah bertemu En. Sarbini di kolam renang MBKS setiap sabtu dan ahad jam 8 hingga 9 pagi. Majulah Sukan Untuk Negara..
Published with Blogger-droid v1.7.0
Selanjutnya

Telefon Bimbit Android Paling Murah



Vodafone telah minggu ini secara rasmi mendedahkan telefon baru mereka Android ultra-kecil mendatang, Vodafone 845.

Pertama kali dikeluar dalam beberapa minggu yang lalu, Vodafone 845 akan disokong oleh Android 2.1 Eclair dan ukurannya adalah sangat nipis dan padat iaitu 100 x 55 x 13 mm.

Dihasilkan oleh Huawei, yang 845 termasuk skrin touchscreen 2.8-inch (resolusi QVGA), kamera 3.2 mega-pixel, Bluetooth 2.1 dan WiFi b/g kesambungan, dan sokongan untuk EDGE GSM triband / GPRS 900/1800/1900 MHz UMTS Dualband serta HSDPA 900/2100 MHz.



Harga jualan telefon Android rendah diharapkan untuk melancarkan di UK pada rangkaian Vodafone dari Mei 2010.

Di Malaysia juga sekarang ini boleh didapati di kedai-kedai telefon bimbit dalam harga tidak melebih RM400. Amat berbaloi mendapat telefon ini yang menggunakan plaform/OS Android yang ada lebih kurang beratus ribu Aplikasi dan Permainan yang dimuat turun dari "Market Android".
Selanjutnya

THE FACEBLOG


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
Selanjutnya

Gengblogger dot com


Rupa2nya ada jugak landasan dan platform bagi komuniti blogger samaada yang masih baru seperti baby dalam memblog ni.  Semalam selepas google komuniti blogger keluarlah Gengblogger dot com ni di rank ke-2 dalam muka pertama.  Dengan join komuniti Gengblogger dot com ni saya dah ada beberapa follower aka pengikut perkembangan blog pertamaku infokongsi dot blogspot dot com.  Alhamdulillah sebab dari info yang boleh dipercayai kalau nak melangkah jauh dalam memblog kena ada follower.  So bagi yang baru2 nak berjinak2 memblog atau menulis blog joinlah komuniti Gengblogger ni.  Anda akan seronok memblog blog2 anda semua..
Selanjutnya

Skim Latihan 1Malaysia


Alhamdulillah atas keperihatinan kerajaan terhadap graduan seramai 8000 daripada 20000 orang penganggur yang akan diserapkan ke syarikat GLC terpilih. Elaun graduan adalah minimum RM1000. Ini secara tak langsung akan melonjak ekonomi dengan hasil perbelajaan graduan yang terpilih nanti. Semoga yang terpilih gunakan kesempatan yang ada dan boleh terus bekerja di syarikat GLC sekiranya menunjukkan prestasi yang baik. Selamat maju jaya.
Published with Blogger-droid v1.7.0
Selanjutnya

Sejarah Gerakan Koperasi

 
Gerakan Koperasi yang pertama bermula sebelum Revolusi Industri di United Kingdom pada awal abad ke-19. Ianya diasaskan oleh sekumpulan pekerja miskin bangsa Inggeris kerana:
  • Kesengsaraan dan syarat kerja yang terlalu ketat
  • Gaji yang tidak mencukupi
  • Pengangguran yang meluas
  • Pengambilan untung berlebihan yang tidak terkawal
  • Pemalsuan dalam sukatan dan timbangan
  • Kadar kemiskinan yang tinggi
  • Kadar penyakit dan kematian yang kian meningkat
  • Kerahan kerja untuk kanak-kanak seusia 4 tahun
  • Suasana hidup yang menyeksakan
  • Bantahan yang dibuat tidak berkesan
Para pekerja yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Inggeris, Rochdale merasakan bahawa mereka perlu bekerjasama. Pakatan 28 orang ini mulai menabung dan berjaya mengumpulkan sebanyak £28 untuk dijadikan modal. Tanggal 21 Disember 1844 menyaksikan titik permulaan gerakan koperasi dimana mereka membuka sebuah Kedai Koperasi di Toad Lane di Rochdale, Lancashire. Kedai Koperasi itu kian meningkat maju dan peristiwa ini kemudian diiktiraf sebagai tarikh bermulanya Gerakan Kerjasama Sedunia. Para pengasas tersebut kini dikenali sebagai Para Perintis Rochdale (The Rochdale Pioneers).

Para Perintis Rochdale

Kedai Koperasi yang diusahakan oleh Para Perintis Rochdale menjual barang-barang runcit seperti tepung, mentega, teh dan juga lilin, tetapi cara perniagaan mereka berbeza dari kedai-kedai runcit yang lain.
Mereka percaya bahawa perbuatan tidak jujur yang diamalkan oleh peniaga runcit lain pada ketika itu seperti membubuh kapur kedalam tepung dan mencampurkan daun-daun kering ke dalam teh harus dihapuskan. Mereka juga percaya bahawa pelanggan berhak mendapat layanan yang baik serta jujur, dan hasil daripada perniagaan itu dikongsi sama. Tidak hairanlah apabila pelanggan hilang kepercayaan pada pekedai-pekedai runcit yang lain dan bertumpu pada Kedai Koperasi.
Pelanggan-pelanggan Kedai Koperasi juga turut menjadi anggota Koperasi tersebut dan mereka juga mempunyai hak dalam perniagaan itu. Prinsip-prinsip yang diamalkan Koperasi itu adalah:
  • Keanggotaan terbuka dan sukerela
  • Kawalan demokrasi (satu anggota, satu undi)
  • Pembahagian keuntungan terhad
  • Dividen diberi mengikut jumlah pembelian anggotanya
  • Peruntukan pendidikan
  • Kerjasama antara Koperasi
  • Neutral terhadap fahaman politik dan kepercayaan agama masing-masing
  • Belian tunai sahaja
  • Barangan dan layanan yang baik dan berkualiti
Tidak lama kemudian, kedai-kedai koperasi mula muncul dan Para Perintis Rochdale mula mendapat perhatian antarabangsa. Walaupun ada kedai koperasi lain yang ditubuhkan lebih awal, tetapi kedai inilah yang paling berjaya dan menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain.
Prinsip-prinsip tersebut masih diterima dan menjadi asas sesebuah pertubuhan koperasi. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan relevansi, prinsip-prinsip tersebut diolah semula, sesuai dengan arus perubahan semasa.
Selanjutnya
 
Free CSS Template by CSSHeaven.org TNB