SKIM PELABURAN AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


S1Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP ?
Skim Pelaburan Ahli KWSP ini adalah satu kemudahan kepada pemegang unit yang mempunyai simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP. Mereka boleh melabur sebahagian daripada jumlah tersebut ke dalam unit-unit amanah ASNB yang dibenarkan. Sebarang perubahan pada kemudahan ini tertakluk pada KWSP.

Jadual dibawah menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur :
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000
Anda boleh mengeluarkan tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP.
Anda boleh membuat pelaburan setiap 90 hari dari tarikh pemindahan yang terakhir dibuat.
S2Bolehkah saya menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk semua unit-unit amanah yang diuruskan oleh ASNB?
Tidak boleh. Anda hanya boleh membuat pelaburan melalui KWSP ke dalam unit-unit amanah ASW 2020,ASD, ASN 2, ASN 3 dan ASG sahaja. 
Semua  pelaburan  yang  dibuat  melalui  KWSP  ini  adalah  tertakluk  kepada jumlah unit yang ada di dalam mana-mana tabungan tersebut.
S3Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ini?
Anda perlulah menjadi ahli di dalam unit amanah tersebut terlebih dahulu. Seterusnya, anda perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut ke mana-mana Pejabat ASNB:-
  1. Kad Pengenalan asal dan salinan
  2. Penyata Kira-Kira KWSP yang terkini
  3. Borang Pelaburan Tambahan ASNB yang telah dilengkapkan
  4. Borang KWSP 9N (AHL) yang telah dilengkapkan
Borang-borang di atas boleh diperolehi di Pejabat-pejabat ASNB yang berhampiran.
S4Bolehkah saya menjual balik pelaburan ini?
Boleh, tetapi semua perolehan dari jualan balik pelaburan melalui KWSP ini akan dibayar terus kepada KWSP untuk dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.
S5Bolehkah saya mengeluarkan pengagihan pendapatan daripada pelaburan ini?
Tidak boleh. Semua pengagihan pendapatan tahunan daripada pelaburan melalui KWSP ini (jika ada) akan dikreditkan semula ke dalam akaun pelaburan melalui KWSP anda.  Jika sekiranya saiz tabungan telah penuh, semua pengagihan pendapatan tahunan daripada pelaburan melalui KWSP ini akan dibayar kepada KWSP untuk dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.
S6Bagaimanakah saya boleh mengetahui simpanan saya layak untuk dilaburkan?
Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan yang layak dilaburkan.
Ahli
Umur
Simpanan Akaun 1 (RM)
Simpanan Asas(RM)
Pengiraaan:Simpanan Akaun 1- Simpanan Asas x 20%
Kelayakan Ahli
A
22
4,000
5,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
B
22
8,000
5,000
(8,000-5,000) x 20%    = RM600
Ahli tidak layak memohon.  Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.
C
25
20,000
9,000
(20,000-9,000) x 20%  = RM2,200
Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200.
D
40
40,000
44,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
E
45
100,000
64,000
(100,000-64,000) x 20% = RM7,200
Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.

Sumber: Laman Sesawang ASNB

Selain ASNB, pencarum KWSP juga boleh melabur ke Saham Amanah lain seperti Public Mutual, OSK-UOB Unit Trust, CIMB Wealth Advisory, AM Investment dan banyak lagi.  Pelaburan yang terbaik dan terjamin adalah melalui Saham Amanah.  Selamat melabur!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Free CSS Template by CSSHeaven.org TNB
Related Posts with Thumbnails